ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Trip Ke Petrosains KLCC

Tarikh: 14 Mei 2011
Lokasi: KLCC

Seluruh anak-anak ASDAF telah berpeluang ke KLCC pada hujung minggu lepas tajaan Tn Hj Razak yang juga merupakan AJK ASDAF. Trip ke KLCC bermula seawal jam 9 pagi sebelum memasuki Petrosains yang juga telah diiringi oleh pengurusan ASDAF seperti Kak Wani, Kak Sulis dan juga beberapa orang sukarelawan dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Anak-anak ASDAF telah berpeluang untuk mempelajari pelbagai info tentang angkasa, pelantar minyak dan lain-lain.

bersama T-Rex!

demonstrasi dari staf Petrosains

dalam pakaian angkasa

Tepat jam 12.15 tengahari, anak-anak ASDAF dibawa ke Taman KLCC untuk menikmati juadah tengahari iaitu KFC. Setiap seorang menjamu ayam KFC dan anak-anak kecil berpeluang untuk mandi di kolam mandi KLCC. Selepas menjamu selera, semua telah pulang ke ASDAF dengan perasaan yang gembira.