![]() ASDAF merupakan sebuah Rumah Kebajikan yang menempatkan golongan asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim dan dari keluarga miskin yang terdiri daripada kaum orang asli.
Gotong-royong Projek My Kitchen Garden di ASDAF![]() Projek My Kitchen Garden anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah diadakan pada 10 Jun 2011 yang lepas dan dihadiri oleh sukarelawan Muslim Aid dan pasukan Pengakap dari Kolej Twintech. Program ini bermula seawal jam 9 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari. Projek My Kitchen Garden ini memberi peluang kepada anak-anak ASDAF untuk mempelajari tentang khasiat sayur-sayuran disamping memberi pengetahuan tentang tanaman mapan (sustainable agriculture). Program ini telah mendapat liputan di Harian Metro pada 28 Jun 2011. Trip Ke Petrosains KLCCLokasi: KLCC Seluruh anak-anak ASDAF telah berpeluang ke KLCC pada hujung minggu lepas tajaan Tn Hj Razak yang juga merupakan AJK ASDAF. Trip ke KLCC bermula seawal jam 9 pagi sebelum memasuki Petrosains yang juga telah diiringi oleh pengurusan ASDAF seperti Kak Wani, Kak Sulis dan juga beberapa orang sukarelawan dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Anak-anak ASDAF telah berpeluang untuk mempelajari pelbagai info tentang angkasa, pelantar minyak dan lain-lain. Tepat jam 12.15 tengahari, anak-anak ASDAF dibawa ke Taman KLCC untuk menikmati juadah tengahari iaitu KFC. Setiap seorang menjamu ayam KFC dan anak-anak kecil berpeluang untuk mandi di kolam mandi KLCC. Selepas menjamu selera, semua telah pulang ke ASDAF dengan perasaan yang gembira.
Pasukan ASDAF Perempuan Johan Kejohanan Futsal Amal Antara Rumah Anak Yatim anjuran BKSK 2011Pasukan ASDAF perempuan berjaya merangkul tempat pertama dan kedua bagi kejohanan futsal anjuran Badan Kebajikan Siti Khadijah di Futsal Frenzy, Shah Alam pada 12 Mac 2011 yang lepas. Pemain terbaik juga telah dianugerahkan kepada adik Kamisah yang juga dari ASDAF. Hasil latihan gigih selama dua bulan, akhirnya ia membuahkan hasil dengan kemenangan tempat pertama dan kedua. Mari Membuat Playdough Tarikh: 24 Februari 2011Seorang sukarelawan dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah datang ke ASDAF meluangkan masa untuk mengajar anak-anak ASDAF cara-cara membuat playdough (tanah liat berwarna). Dengan beberapa langkah mudah yang telah diajar, anak-anak ASDAF sudah tahu bagaimana untuk membuat playdough mereka sendiri. Bahan-bahan yang digunakan seperti tepung gandum, minyak masak, garam, air suam dan pewarna makanan. Playdough ini membantu anak-anak ASDAF untuk menjadi lebih kreatif dan dapat mengisi masa lapang mereka dengan membuat perkara berfaedah. Bermulanya Latihan FutsalTarikh: 10 Januari 2011 Tahun ini ASDAF menerima jemputan sekali lagi untuk menyertai Pertandingan Futsal Antara Rumah Kebajikan anjuran Badan Amal Siti Khadijah yang akan berlangsung pada 12 Mac 2011 di Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam. ASDAF akan menghantar tiga pasukan iaitu bawah 17 tahun lelaki, bawah 15 tahun lelaki dan bawah 17 tahun perempuan. ASDAF mensasarkan johan untuk pertandingan kali ini selepas menjuarai pertandingan tersebut pada 2009. Latihan dijalankan oleh saudara Muhammad dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) Kem Kembara Akademik di Telok Kemang![]() Lokasi: Telok Kemang Tarikh: 22 - 23hb November 2010 Kem Kembara Akademik merupakan program penutup bagi anak-anak ASDAF. Program ini telah diketuai oleh encik Muhammad dari Muslim Aid dan telah dibantu oleh ketua Biro Akademik, Cikgu Siti dan juga pengurusan ASDAF dan para sukarelawan. Kem ini bertujuan untuk memberi semangat dan kesedaran kepada anak-anak ASDAF tentang pentingnya belajar dan juga solat sebelum mereka pulang ke kampung halama sempena dengan cuti sekolah.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan yang menekankan aspek kerjasama, semangat setiakawan dan pengurusan masa. Anak-anak ASDAF sendiri telah bergotong-royong untuk masak bagi hidangan sarapan, makan tengahari dan malam. Anak-anak ASDAF akan kembali pada hujung tahun ini bagi memulakan sesi 2011. Hari Raya Aidiladha 1431H di ASDAF Tarikh: 17 November 2010Sambutan hari raya Aidiadha di ASDAF sungguh meriah dengan 6 ekor lembu telah diqurbankan. Ramai ahli PERKIM serta saudara baru dan juga sukarelawan Muslim Aid turut hadir di majlis qurban di sini.
Program bermula dengan solat raya di surau ASDAF yang diketuai oleh Ustaz Hj Isa selaku pengerusi ASDAF. Penyembelihan lembu-lembu qurban juga disempurnakan oleh Ustaz Hj Isa. Hasil Kitchen Garden
Tarikh: 11 Nov 2010
Kitchen Garden di ASDAF telah mengeluarkan hasil lagi iaitu limau kasturi. Hampir 50 biji limau kasturi dapat dipetik dari dua buah pokok di laman kitchen garden. Kitchen Garden di ASDAF ini adalah dengan kerjasama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia.
Program Fast 2 Feed di ASDAFTarikh: 21 Ogos 2010 Lokasi: ASDAF Majlis berbuka puasa di ASDAF anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan apabila hampir 50 orang dermawan dari Muslim Aid hadir sempena program Fast 2 Feed yang berlangsung di ASDAF. Para dermawan dari Muslim Aid berpeluang untuk menaja anak-anak ASDAF berbuka puasa disamping berbuka puasa sekali dengan mereka. Program tahunan ini merupakan program kali ke tiga dijalankan di ASDAF.
Santai Rohani Bersama Sukarelawan Muslim AidTarikh: 17 Julai 2010 Lokasi: Cineleasure Mutiara Damansara Anak-anak ASDAF berpeluang untuk pertama kali menonton movie kartun Despicable Me bersama sukarelawan Muslim Aid. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak ASDAF untuk merehatkan minda selepas hampir setiap minggu penuh dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Public Islamic Bank Melawat ASDAFAnjuran: Public Islamic Bank Public Islamic Bank telah membuat program gotong-royong dan sukaneka untuk anak-anak ASDAF sebagai salah satu program CSR mereka. Mereka telah datang dari seluruh Malaysia sehingga cawangan dari Sarawak juga telah datang untuk memeriahkan program di ASDAF. Program telah berlangsung dari jam 9 pagi dan selesai jam 2 petang. Pada majlis penutup, pihak Public Bank telah menyampaikan sumbangan dan hadiah kepada anak-anak ASDAF serta pengurusan ASDAF yang telah disaksikan sendiri oleh pengerusi ASDAF yang baru iaitu Tuan Haji Isa. Kelas Cupcake
Subscribe to:
Posts (Atom)
![]() Asrama Darul Falah (ASDAF) No 535/10, Cangkat Persekutuan Bukit Persekutuan, 50480, Kuala Lumpur Pengetua : Ustaz Zulyadain Admin : Puan Wani Nombor Tel: 03-22831009 Nombor Fax: 03 22833084 PENGUMUMAN
PENGURUSAN ASDAF MENGALU-ALUKAN TAJAAN TRAY BESI (50 BUAH). PADA YANG BERMURAH HATI UNTUK MENAJA, BOLEH HUBUNGI TERUS PENGURUSAN ASDAF
Waktu Solat
|
||||||||||||||||||||||||
































