ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Pasukan ASDAF Perempuan Johan Kejohanan Futsal Amal Antara Rumah Anak Yatim anjuran BKSK 2011


Pasukan ASDAF perempuan berjaya merangkul tempat pertama dan kedua bagi kejohanan futsal anjuran Badan Kebajikan Siti Khadijah di Futsal Frenzy, Shah Alam pada 12 Mac 2011 yang lepas. Pemain terbaik juga telah dianugerahkan kepada adik Kamisah yang juga dari ASDAF. Hasil latihan gigih selama dua bulan, akhirnya ia membuahkan hasil dengan kemenangan tempat pertama dan kedua.






mendapat pingat

pemain terbaik

johan pasukan!