ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Mari Membuat Playdough

Tarikh: 24 Februari 2011

Seorang sukarelawan dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah datang ke ASDAF meluangkan masa untuk mengajar anak-anak ASDAF cara-cara membuat playdough (tanah liat berwarna). Dengan beberapa langkah mudah yang telah diajar, anak-anak ASDAF sudah tahu bagaimana untuk membuat playdough mereka sendiri. Bahan-bahan yang digunakan seperti tepung gandum, minyak masak, garam, air suam dan pewarna makanan. Playdough ini membantu anak-anak ASDAF untuk menjadi lebih kreatif dan dapat mengisi masa lapang mereka dengan membuat perkara berfaedah.

Cara untuk membuat playdough di sini.

proses membuat playdough