ASDAF merupakan sebuah Rumah Kebajikan yang menempatkan golongan asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim dan dari keluarga miskin yang terdiri daripada kaum orang asli.


Bermulanya Latihan Futsal


Tarikh: 10 Januari 2011

Tahun ini ASDAF menerima jemputan sekali lagi untuk menyertai Pertandingan Futsal Antara Rumah Kebajikan anjuran Badan Amal Siti Khadijah yang akan berlangsung pada 12 Mac 2011 di Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam. ASDAF akan menghantar tiga pasukan iaitu bawah 17 tahun lelaki, bawah 15 tahun lelaki dan bawah 17 tahun perempuan. ASDAF mensasarkan johan untuk pertandingan kali ini selepas menjuarai pertandingan tersebut pada 2009. Latihan dijalankan oleh saudara Muhammad dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid)