ASDAF merupakan sebuah Rumah Kebajikan yang menempatkan golongan asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim dan dari keluarga miskin yang terdiri daripada kaum orang asli.


Kem Kembara Akademik di Telok Kemang


Lokasi: Telok Kemang Tarikh: 22 - 23hb November 2010

Kem Kembara Akademik merupakan program penutup bagi anak-anak ASDAF. Program ini telah diketuai oleh encik Muhammad dari Muslim Aid dan telah dibantu oleh ketua Biro Akademik, Cikgu Siti dan juga pengurusan ASDAF dan para sukarelawan. Kem ini bertujuan untuk memberi semangat dan kesedaran kepada anak-anak ASDAF tentang pentingnya belajar dan juga solat sebelum mereka pulang ke kampung halama sempena dengan cuti sekolah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan yang menekankan aspek kerjasama, semangat setiakawan dan pengurusan masa. Anak-anak ASDAF sendiri telah bergotong-royong untuk masak bagi hidangan sarapan, makan tengahari dan malam.

Anak-anak ASDAF akan kembali pada hujung tahun ini bagi memulakan sesi 2011.



sesi penyampaian hadiah

semua saling bekerja sama

menjaga bahagian makanan