ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Hari Raya Aidiladha 1431H di ASDAF

Tarikh: 17 November 2010

Sambutan hari raya Aidiadha di ASDAF sungguh meriah dengan 6 ekor lembu telah diqurbankan. Ramai ahli PERKIM serta saudara baru dan juga sukarelawan Muslim Aid turut hadir di majlis qurban di sini.

Program bermula dengan solat raya di surau ASDAF yang diketuai oleh Ustaz Hj Isa selaku pengerusi ASDAF. Penyembelihan lembu-lembu qurban juga disempurnakan oleh Ustaz Hj Isa.



Tuan Haji Isa, pengerusi ASDAF


proses melapah

anak ASDAF bersama sukarelawan

kenyang sehingga terbaring