ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Peraduan Mewarna di Galeri Finas

Tarikh: 13 Nov 2010
Lokasi: Galeri Finas

Anak-anak ASDAF telah berpeluang menyertai peraduan mewarna di Galeri Finas yang turut dikunjungi anak-anak dari Rumah Titian Kaseh. Adik Ain Natasya telah memenangi johan untuk kategori remaja dan lain-lain mendapat saguhati.