ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Gotong-royong Projek My Kitchen Garden di ASDAF


Projek My Kitchen Garden anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah diadakan pada 10 Jun 2011 yang lepas dan dihadiri oleh sukarelawan Muslim Aid dan pasukan Pengakap dari Kolej Twintech. Program ini bermula seawal jam 9 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari. Projek My Kitchen Garden ini memberi peluang kepada anak-anak ASDAF untuk mempelajari tentang khasiat sayur-sayuran disamping memberi pengetahuan tentang tanaman mapan (sustainable agriculture).


gotong-royong membersihkan kawasan

anak ASDAF bersama pokok lidah buaya

liputan di Harian Metro

Program ini telah mendapat liputan di Harian Metro pada 28 Jun 2011.