ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Perlawanan Persahabatan ASDAF vs Hashimiah

Lokasi: Sport Seven, Wangsa Maju
Tarikh: 7 Mac 2010
Masa: 10am-12pm

Satu lagi perlawanan persahabatan telah diadakan antara pasukan futsal ASDAF dan pasukan Hashimiah yang telah berakhir dengan kemenangan kepada pihak ASDAF 5-0. Perlawanan persahabatan ini merupakan persediaan terakhir untuk menghadapi pertandingan futsal amal Siti Khadijah yang bakal berlangsung pada 13 Mac 2010 di Futsal Frenzy, Shah Alam