ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Perlawanan Persahabatan ASDAF dan Sukarelawan Muslim Aid

Lokasi: Sport Seven, Wangsa Maju
Tarikh: 27 Feb 2010
Masa: 10.00am - 12.30pm

Pasukan futsal ASDAF telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan sukarelawan Muslim Aid yang telah berlangsung di Sport Seven, Wangsa Maju dimana
pasukan futsal ASDAF tewas 5-4 kepada sukarelawan Muslim Aid.