ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Gotong-royong bersama Mahasiswa dari Universiti Malaya

Lokasi: ASDAF
Tarikh: 8 Feb 2010
Masa: 9.00am - 6.30pm

Kehadiran mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Malaya telah disambut dengan baik oleh pihak pengurusan ASDAF untuk aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekita ASDAF dan Kitchen Garden. Lebih 20 orang sukarelawan dari jurusan TESL dan Kimia hadir bagi memeriahkan lagi aktiviti kebajikan ini. Aktiviti gotong-royong diadakan di sebelah pagi dan pada sebelah petang pula aktiviti sukaneka dan jamuan selera yang telah ditaja sendiri oleh pelajar-pelajar UM.





sukarelawan dari UM


Ain Natasa memetik limau kasturi di kitchen garden


Sarizan menjemurkan tilam asrama lelaki