ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Pasukan ASDAF terima tajaan kasut futsal dan baju dari Muslim Aid


Pasukan futsal ASDAF A, ASDAF B dan ASDAF C (perempuan) telah menerima tajaan kasut futsal dan juga baju sebagai persediaan untuk pertandingan futsal amal Siti Khadijah. Semoga tahun ini, pasukan ASDAF dapat mempertahankan kejuaraan mereka.