ASDAF merupakan sebuah Rumah Kebajikan yang menempatkan golongan asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim dan dari keluarga miskin yang terdiri daripada kaum orang asli.


ASDAF ke Desa Water Park

Lokasi: Desa Water Park
Tarikh: 3 Oktober 09
Masa: 8.00am - 5.30pm

Pelajar-pelajar pendidikan jarak jauh dari Universiti Utara Malaysia telah membawa anak-anak ASDAF ke Desa Water Park. Kumpulan pelajar ini menjalankan program kemasyarakatan dan telah memilih Asrama Darul Falah sebagai sasaran mereka.

Program bermula seawal jam 8 pagi, apabila semua anak-anak ASDAF bersama pelajar-pelajar UUM berkumpul di perkarangan parking kereta ASDAF untuk sesi taklimat. Konvoi ke Desa Water Park bermula jam 8.30 pagi dan tiba di sana jam 9 lebih. Anak-anak ASDAF dibahagikan kepada 4 buah kumpulan. Acara seperti sukaneka turut diadakan. Selepas berkelah di Desa Water Park, mereka ke Kajang untuk menikmati juadah seafood.