ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Pembukaan 2010

Tahun 2010 sudah bermula. ASDAF telah menerima jemputan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan futsal antara rumah kebajikan Siti Khadijah. Pasukan ASDAF yang merupakan juara bertahan tahun 2009 sudah mula berlatih untuk pertandingan yang akan berlangsung pada 13 Mac 2010.

Muhammad dari Muslim Aid akan menjadi jurulatih untuk pasukan ASDAF.