
Hari Selasa 11 Ogos 2009, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah mengadakan majlis kesyukuran sempena setahun mendapat status Yayasan dan pengecualian cukai. ASDAF juga telah dijemput bagi mengimarahkan majlis ini. Majlis telah bermula jam 6.30 bagi pendaftaran, disusuli dengan solat Magrib berjemaah, bacaan yasin, ceramah, solat Isya dan jamuan. Majlis telah berakhir jam 10 malam.
