ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Latihan Futsal


Pasukan futsal ASDAF akan memulakan latihan setiap petang untuk menghadapi Perlawanan Futsal Milo Hidup Bola yang akan berlangsung di Sport Planet Ampang pada 11 Julai 2009. Pada yang mempunyai masa terluang, bolehlah datang untuk berlatih bersama anak-anak ASDAF pada setiap petang. Latihan dikendalikan oleh En Muhammad dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia.