ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Program Memancing di Sebare, Beranang



Lokasi: Kolam Memancing Sebare, Beranang
Tarikh: 18 April 09
Masa: 9am-2.30pm

Seramai 48 orang penghuni ASDAF (Asrama Darul Falah) bersama En. Muhammad, kakitangan Muslim Aid serta 20 orang sukarelawan yang terdiri daripada warga UIA Petaling Jaya, UKM serta beberapa sukarelawan lain telah mengikuti aktiviti memancing di Kolam Memancing Ikan Sebare, Beranang. Aktiviti ini berlangsung pada 18 April 2009 bersama-sama pemilik kolam ini iaitu Puan Hjh Zakiah yang telah bermurah hati menaja keseluruhan program ini.
Faliada dengan tangkapan ikannya

Acara memancing dimulakan oleh pelajar perempuan diikuti pelajar lelaki. Hampir 10 orang anak-anak ASDAF telah berjaya mendapat tangkapan ikan. Ayu, pelajar Tingkatan 3, telah memberi kejutan dengan kejayaan beliau memperoleh tangkapan ikan patin seberat 3.6 kg diikuti Faliada yang berjaya mendapat 2 ekor ikan pada hari tersebut.
taklimat memancing

Hjh Zakiah, tuan Kolam Ikan Sebare bersama anak ASDAF

Program yang bermula jam 11.00 pagi hingga 2.30 petang ini dilihat dapat memberi keceriaan di kalangan anak-anak ASDAF memandangkan aktiviti ini dilakukan di luar kawasan Kuala Lumpur. Aktiviti seperti ini dikatakan dapat membantu menghilangkan tekanan serta merapatkan tali silaturrahim di kalangan masyarakat. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Hjh Zakiah, pemilik Kolam Memancing Ikan Sebare, Beranang atas usaha murni beliau menganjurkan serta menaja aktiviti memancing ini.