ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


ASDAF Johan kejohanan Futsal Amal Badan Kebajikan Siti Khadijah 2009

Lokasi: Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam
Tarikh: 15 Mac 09

Masa: 8am-4pm

Pasukan ASDAF A telah merangkul kejuaraan Kejohanan Futsal Amal Badan Kebajikan Siti Khadijah 2009. Kejohanan ini telah diadakan di Futsal Frenzy Seksyen 15 Shah Alam dan melibatkan 15 buah rumah kebajikan seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Kejohanan ini kali pertama diadakan dan bakal diadakan setiap tahun.





ASDAF A juara!

pengurus pasukan, En Muhammad dari Muslim Aid

pisang untuk tenaga!