ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Sumbangan Kasut Futsal


Pihak ASDAF telah menerima sumbangan kasut futsal dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM) untuk 14 pemain futsal yang akan bertanding dalam Pertandingan Futsal Amal 2009 di Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam. Setiap petang jam 5, pasukan futsal ASDAF team A dan team B akan berlatih di padang ASDAF. Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan Pertandingan Futsal Amal ini pada 14 Mac 2009 jam 8 pagi hingga 4 petang.