ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Program Fast 2 Feed di ASDAF


Tarikh: 21 Ogos 2010 Lokasi: ASDAF

Majlis berbuka puasa di ASDAF anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan apabila hampir 50 orang dermawan dari Muslim Aid hadir sempena program Fast 2 Feed yang berlangsung di ASDAF. Para dermawan dari Muslim Aid berpeluang untuk menaja anak-anak ASDAF berbuka puasa disamping berbuka puasa sekali dengan mereka. Program tahunan ini merupakan program kali ke tiga dijalankan di ASDAF.

pelbagai lauk dihidangkan

para dermawan berbuka bersama anak-anak ASDAF

cikgu Shida bersama anak-anak ASDAF