ASDAF merupakan sebuah Rumah Kebajikan yang menempatkan golongan asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim dan dari keluarga miskin yang terdiri daripada kaum orang asli.


Public Islamic Bank Melawat ASDAF

Tarikh: 10 Julai 2010
Anjuran: Public Islamic Bank

Public Islamic Bank telah membuat program gotong-royong dan sukaneka untuk anak-anak ASDAF sebagai salah satu program CSR mereka. Mereka telah datang dari seluruh Malaysia sehingga cawangan dari Sarawak juga telah datang untuk memeriahkan program di ASDAF. Program telah berlangsung dari jam 9 pagi dan selesai jam 2 petang. Pada majlis penutup, pihak Public Bank telah menyampaikan sumbangan dan hadiah kepada anak-anak ASDAF serta pengurusan ASDAF yang telah disaksikan sendiri oleh pengerusi ASDAF yang baru iaitu Tuan Haji Isa.


sukaneka berlangsung

staf Public Bank dan anak-anak ASDAF

kerjasama yang erat