ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Berkelah di Teluk Kemang, Port Dickson

Lokasi: Teluk Kemang, Negeri Sembilan
Tarikh: 10 Jun 2010


Selepas selesai program Bingkas ASDAF, anak-anak ASDAF telah ke Port Dickson untuk merehatkan minda dengan lawatan ke Muzium ATM dan juga berkelah di pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Ini adalah perkelahan mereka yang pertama di pantai sejak 2007. Perkelahan telah diketuai oleh encik Muhammad dari Muslim Aid dan telah dibantu oleh pihak pengurusan ASDAF sendiri.