ASDAF YANG DIKASIHI DAN DICINTAI

ASDAF ( ditubuhkan pada 19 Ogos 1995 ) adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak saudara baru (mualaf) dan fakir miskin. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pedalaman semenanjung untuk dididik, diberi pendidikan akademik dan agama.


Majlis Tahlil di ASDAF

Lokasi: ASDAF
Tarikh: 4 Feb 2010
Masa: 7.oopm - 9.30pm
Majlis tahlil diadakan untuk keluarga Tuan Haji Wan Rusli Wan Muda yang juga merupakan pengarah Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Tahlil doa selamat ini diadakan selepas solat Magrib dan telah diketuai oleh pengetua ASDAF iaitu Ustaz Hasmadi, atau lebih dikenali sebagai Pak Abu.